Kemenangan 6-1 undang bahaya buat Sepanyol

Oleh Staff Writer 29 Mac 2018 12944
Kemenangan 6-1 undang bahaya buat Sepanyol
Kejayaan pasukan Sepanyol membelasah Argentina 6-1 dalam aksi persahabatan kelmarin dilihat Ernesto Valverde sebagai satu perkara yang membahayakan buat skuad La Roja itu.

Sepanyol meraih kemenangan menerusi jaringan hatrik Isco serta masing-masing satu gol daripada Iago Aspas, Diego Costa dan Thiago Alcantara untuk memadamkan jaringan tunggal Nicolas Otamendi.

Bagaimanapun, pengendali Sepanyol, Julen Lopetegui, menyifatkan kemenangan itu tidak memberikan apa-apa makna walaupun mereka telah melalui 18 perlawanan tanpa kalah.

Pendapat itu turut dipersetujui Valverde yang kini mengurus Barcelona, dengan menyifatkan keyakinan yang terlalu tinggi mampu menggugat prestasi juara Piala Dunia 2010 itu.

"Kami boleh berfikir kami mampu memenangi segalanya. 6-1 adalah sekadar satu keputusan," kata Valverde.

"Ia sangat berbahaya kerana ia membuatkan anda berasa mempunyai lebih mata sebelum bermula.

"Argentina tewas tetapi itu tidak memberi sebarang makna. Piala Dunia masih belum bermula. Tiada siapa yang tewas atau menang di antara kedua-dua pasukan," tambahnya.

Dalam masa sama, pertahanan Barca, Gerard Pique, dilihat bergelut dengan kecederaan sehingga terpaksa dikeluarkan dalam babak kedua tatkala dia menerima ejekan daripada penyokong sendiri.

"Apabila dia menyentuh lututnya, saya rasa dia mengalami kesakitan.

"Saya tidak mahu menyentuh tentang ejekan kerana saya sering menonton tanpa sebarang audio di televisyen tetapi saya rasa dia sudah terbiasa dengannya."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen