Kelibat Ijezie bonus buat skuad negara -- Cheng Hoe

Oleh Staff Writer 18 April 2019 23301
Kelibat Ijezie bonus buat skuad negara -- Cheng Hoe
Jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menganggap Michael Ijezie sebagai bonus tambahan buat Harimau Malaya sekiranya urusan untuk mendapatkannya sebagai pemain naturalisasi mampu selesai segera.

Merujuk kepada usaha yang telah dilakukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Cheng Hoe menggesa agar ia berlangsung segera.

Beliau berpendapat ia satu perkembangan yang baik sekiranya kelibat pemain itu boleh diuji segera menjelang aksi play off Piala Dunia 2022 pada 6 dan 11 Jun depan.

"FAM sedang berusaha untuk mempercepatkan proses bagi memastikan Ijezie beraksi bersama skuad negara. Tetapi saya tetap yakin dengan barisan pemain yang sedia ada jika tidak dapat menurunkan pemain tersebut," kata Cheng Hoe.

Menurut pengurus skuad kebangsaan, Datuk Yusoff Mahadi, urusan untuk mendapatkan Ijezie sebagai pemain naturalisasi kedua selepas Mohamadou Sumareh sudah berada di fasa akhir.

Tiada jaminan 100 peratus buat kelibat Ijezie dalam aksi play off Piala Dunia, Jun depan tetapi penyerang UKM FC itu bakal menjadi antara tunjung utama skuad negara sekiranya Malaysia layak beraksi di peringkat kumpulan dalam saingan yang sama September depan.

"Kami akan menilai secara terperinci sebelum membuat keputusan. Dia merupakan seorang calon yang berpotensi untuk dipilih sebagai pemain naturalisasi kedua selepas Sumareh," kata Yusoff.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen