Kelayakan Piala Dunia: Malaysia berdepan Timor-Leste

Oleh Staff Writer 17 April 2019 5113
Kelayakan Piala Dunia: Malaysia berdepan Timor-Leste
Malaysia akan berdepan Timor-Leste dalam aksi pusingan kelayakan pertama Piala Dunia FIFA 2022, Jun ini.

Undian yang dilakukan di Rumah AFC, Kuala Lumpur hari ini menyaksikan 12 pasukan diundi bagi saingan kelayakan Piala Dunia 2022.

Pasukan yang meraih kemenangan bakal menyertai 34 negara dalam pusingan kelayakan kedua.

Ia akan menjadi kali kedua Harimau Malaya berdepan pasukan di ranking ke-195 dunia itu untuk kelayakan Piala Dunia, dengan kali terakhir pada 2015 yang menyaksikan Malaysia menang 7-1. Mereka turut berdepan ketika aksi play-off kelayakan Piala Asia 2019 dengan kemenangan memihak Malaysia 6-0 secara agregat.

Aksi pertama kelayakan Piala Dunia 2022 itu dijadualkan berlangsung pada 6 Jun di Malaysia -- bersempena hari kedua Hari Raya Aidilfitri -- manakala aksi timbal balik dijalankan lima hari berikutnya.

Saingan kelayakan Piala Dunia itu turut dijadikan sebagai kelayakan pasukan-pasukan Asia untuk layak ke Piala AFC 2023.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen