Harimau Malaya bakal melakukan perubahan dalam kesebelasan utama menjelang aksi keempat saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Sidang media perlawanan di antara Malaysia dan Thailand hari ini menyaksikan tumpuan terarah kepada kem skuad kebangsaan tatkala pengendali, Tan Cheng Hoe, berharap pasukan bimbingannya itu dapat menampilkan aksi meyakinkan esok.

Hanya kemenangan dapat mencerahkan semula peluang buat Harimau Malaya untuk bersaing serta mendapatkan kedudukan pertama dalam Kumpulan G.

Cheng Hoe membayangkan akan menyuntik perubahan dalam kesebelasan utama selepas menilai kemampuan anak buahnya itu ketika aksi persahabatan berdepan Tajikistan, Sabtu lalu dan perlawanan tertutup menentang Maldives sebelum itu.

Ikuti laporan penuh dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11.00 malam ini