Kelayakan Piala Dunia: Aubameyang bertemu Salah

Oleh Staff Writer 22 Januari 2020 2244
Kelayakan Piala Dunia: Aubameyang bertemu Salah
Pierre-Emerick Aubameyang dan Mohamed Salah akan bersemuka dalam pusingan kedua pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 apabila Gabon dan Mesir diundi dalam kumpulan yang sama.

Bintang Mesir, Salah, dan penyerang Gabon, Aubameyang, akan menyertai Angola dan Libya dalam Kumpulan F, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Zon Afrika di Qatar.

Kumpulan D pula menghimpunkan Cameroon, Ivory Coast, Mozambique dan Malawi manakala Nigeria akan menghadapi Kepulauan Cape Verde, Republik Afrika Tengah dan Liberia dalam Kumpulan C.

Juara Piala Negara-Negara Afrika, Algeria, akan bertemu Burkina Faso, Niger dan Djibouti dalam Kumpulan A sementara satu lagi finalis, Senegal, diundi bersama Congo, Namibia dan Togo dalam Kumpulan H.

Kumpulan G pula menyaksikan dua pasukan gergasi, Ghana dan Arika Selatan, akan turut mencongak perhitungan dengan Zimbabwe dan Habsyah.

Perlawanan peringkat kumpulan akan bermula pada Mac depan hingga Oktober 2021.

10 pasukan terbaik selaku juara kumpulan masing-masing akan melangkah ke pusingan kalah mati sebulan kemudian.

Senarai pasukan:
Kumpulan A: Algeria, Burkina Faso, Niger, Djibouti
Kumpulan B: Tunisia, Zambia, Mauritania, Equatorial Guinea
Kumpulan C: Nigeria, Kepulauan Cape Verde, Republik Afrika Tengah, Liberia
Kumpulan D: Cameroon, Ivory Coast, Mozambique, Malawi
Kumpulan E: Mali, Uganda, Kenya, Rwanda
Kumpulan F: Mesir, Gabon, Libya, Angola
Kumpulan G: Ghana, Afrika Selatan, Zimbabwe, Ethiopia
Kumpulan H: Senegal, Congo, Namibia, Togo
Kumpulan I: Maghribi, Guinea, Guinea-Bissau, Sudan
Kumpulan J: Congo DR, Benin, Madagascar, Tanzania.


Editor: Muzaffar Musa

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen