Kelayakan Euro 2020: Modric cedera paha 

Oleh Staff Writer 16 Oktober 2019 82
Kelayakan Euro 2020: Modric cedera paha 
Luka Modric terlepas daripada ditimpa kecederaan serius ketika Croatia seri 1-1 dengan Wales dalam perlawanan Kumpulan B, kelayakan Euro 2020 apabila Real Madrid mengesahkan bahawa dia hanya mengalami lebam di paha kanannya.

Pemain tengah itu memerlukan rawatan pada lewat perlawanan ketika menerjah Harry Wilson lalu mengutip kad kuning di Cardiff, kelmarin. 

Sehubungan itu, dia perlu menjalani ujian kecergasan sebaik kembali ke kelabnya.

"Berikutan ujian yang dilakukan ke atas pemain kami, Luka Modric, oleh jabatan perubatan Real Madrid hari ini, dia telah didapati mengalami kecederaan di otot paha kanannya," kata satu kenyataan daripada Madrid.

"Proses pemulihannya akan terus dinilai."

Skuad kendalian Zinedine Zidane itu akan menyambung semula kempen LaLiga mereka apabila bakal bertandang ke Mallorca pada awal pagi Ahad ini sebelum menghadapi Galatasaray dalam Liga Juara-Juara (UCL). 
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen