Pengurus Itali, Roberto Mancini, memberitahu Moise Kean agar "lebih berhati-hati" selepas penyerang itu dibuang padang dalam perlawanan kelayakan Euro B-21 2020 .

Kean diperintahkan meninggalkan padang susulan tindakannya menolak penyerang Republik Ireland, Troy Parrott, di dada. Pemain Tottenham, Parrott, juga dilayangkan kad merah ekoran insiden tersebut.

Ia bukan isu disiplin pertama yang dilalui Kean setelah tahun ini, pemain berusia 19 tahun itu diketepikan dalam pusingan akhir selepas pengurus, Luigi Di Biagio, mendapatinya melanggar peraturan pasukan.

Kean kemudian tersisih daripada skuad senior Itali kali ini kerana bergelut untuk mencipta impak dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak menyertai Everton daripada Juventus, Ogos lalu.

"Saya minta maaf atas kes dibuang padang itu," kata Mancini kepada pemberita awal pagi tadi.

"Dia juga bernasib malang tetapi dia sentiasa terlibat dalam insiden seperti itu, jadi dia harus lebih berhati-hati."

Pemain remaja Brescia, Sandro Tonali, yang turut beraksi di samping Kean di Dublin dan pemain tengah tersebut, yang pernah disenaraikan di peringkat senior, akan mengikuti skuad bimbingan Mancini itu sempena pertemuan dengan Greece, awal pagi esok.

Skuad Azzurri menghampiri pusingan akhir Euro 2020 setelah mencatat enam kemenangan dalam semua perlawanan Kumpulan J dengan kemenangan ke atas pasukan asuhan John Van't Schip itu akan menjamin tiket mereka, namun Mancini tidak mahu mengambil sebarang jaminan.

"Kami perlu memikirkan soal kelayakan, ini bukan perlawanan yang mudah," tambahnya.

"Saya tidak tahu corak permainan yang mereka akan pamerkan tetapi kami sentiasa mahu mengekalkan rentak kami dan mahu menang.

"Kelayakan pastinya belum terjamin lagi, kami mempunyai lawan serius yang harus kami kalahkan, esok.

"Kami akan menghadapi Euro 2020 yang akan menjadi kejohanan pertama yang perlu kami hadapi (di bawah kendaliannya) sebelum memberikan perhatian kepada Piala Dunia 2022 di Qatar."