Kelayakan Euro 2020: Belanda hilang khidmat Depay 

Oleh Staff Writer 12 Oktober 2019
Kelayakan Euro 2020: Belanda hilang khidmat Depay 
Memphis Depay bakal terlepas peluang memperkuatkan Belanda untuk berdepan Belarus dalam aksi kelayakan Euro 2020 ekoran kecederaan.

Persatuan Bola Sepak Diraja Belanda (KNVB) mengesahkan ketiadaan Depay dalam satu kenyataan, awal pagi tadi. 

Penyerang Lyon itu meledak dua gol ketika membantu pasukan Ronald Koeman itu bangkit untuk menumbangkan Ireland Utara, semalam. 

Kemenangan di Rotterdam itu bermakna Belanda, Ireland Utara dan Jerman masing-masing mengumpul 12 mata dalam kempen Kumpulan C tetapi pengendali itu bakal kehilangan sentuhan pemain berusia 25 tahun tersebut untuk lawatan ke Minsk, awal pagi Isnin ini. 

"Memphis Depay tidak akan menyertai pasukan kebangsaan Belanda ke Belarus esok," jelas KNVB.

"Penyerang Lyon itu yang menyumbat dua gol ketika menentang Ireland Utara di Rotterdam sedang bergelut dengan masalah paha."

Koeman tidak akan memanggil pemain gantian, maka dia hanya akan membawa skuad 22 pemainnya untuk bertandang ke Belarus.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen