Kelayakan Euro 2020: Andorra menang setelah 57 percubaan

Oleh Staff Writer 12 Oktober 2019
 Kelayakan Euro 2020: Andorra menang setelah 57 percubaan
ANDORRA 1 MOLDOVA 0

Andorra menang 1-0 ke atas Moldova untuk mencatat kemenangan pertama dalam kempen kelayakan Eropah dalam percubaan yang ke-57.


Pasukan di tangga ke-139 dunia itu ketandusan kemenangan sebelum sepak mula di Estadi Nacional d'Andorra, awal pagi tadi. 

Marc Vales menanduk masuk gol bersejarah buat tuan rumah itu pada minit ke-63 sambil pemain Moldova, Radu Ginsari, dibuang padang susulan menerima kad kuning kedua.

Kemenangan itu merupakan yang pertama buat mereka di peringkat antarabangsa sejak menewaskan Liechtenstein dalam perlawanan persahabatan pada Mac 2018.

Skuad kendalian Koldo Alvarez itu kini menyamai mata yang dipungut Moldova dalam Kumpulan H -- mereka akan menghadapi Iceland, Selasa ini, untuk perlawanan seterusnya. 
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen