Seramai 26 pemain skuad bawah 19 tahun negara bakal mengikuti latihan selepas Hari Raya ke empat di Wisma FAM sebagai persediaan untuk menghadapi Kejohanan AFF B-19 di Indonesia, dari 1 hingga 14 Julai ini.

Daripada senarai itu, tiga pemain akan digugurkan daripada skuad B-19 kerana hanya 23 pemain yang akan terpilih untuk dibawa ke Surabaya nanti.

"Inilah barisan terbaik yang saya miliki. Saya akan membuat persiapan rapi bagi menghadapi kejohanan di Indonesia.

"Saya gembira dapat mengumpul mereka memandangkan saya tidak gagal mendapatkan mereka pada awal tahun ini. Ini kebanyakan mereka bermain untuk kelab Liga Super.

"Akhirnya, kami dapat mengumpul mereka untuk Kejohanan AFF dan seterusnya sebagai persediaan menghadapi Kejohanan AFC," kata jurulatih pasukan, Bojan Hodak.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B dengan aksi pertama bertemu Kemboja pada 3 Julai, sebelum menghadapi tiga lagi pasukan, Brunei, Timor-Leste dan Myanmar.

"Ini adalah perlawanan yang sukar kerana ia menampilkan Thailand yang turut bemain dalam AFC, kita ada Vietnam dengan jurulatih baru mereka.

"Selain itu, kita memiliki tuan rumah, Indonesia, yang sudah tentu mengharapkan kejayaan mereka," kata Hodak lagi.

Venue perlawanan merupakan stadium yang sama akan digunakan untuk Sukan Asia pada Ogos depan, iaitu Gelora Delta Sidoarjo dan Stadium Pakansari.

Malaysia dilihat sebagai pilihan untuk mengisi pentas final pada 14 Julai nanti.

Jadual perlawanan

4 Julai 2018
Kemboja Lwn Malaysia

6 Julai 2018
Malaysia Lwn Brunei

8 Julai 2018
Timor Leste Lwn Malaysia

10 Julai 2018
Malaysia Lwn Myanmar