Skuad bola sepak B-18 negara menjuarai saingan Kumpulan A, Kejohanan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) di Myanmar selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan Thailand, petang tadi.

Biarpun berkongsi mata dengan Thailand yang berada di tangga kedua, skuad negara mengesahkan status selaku juara kumpulan menerusi kelebihan jaringan.

Menentang Thailand, jaringan Malaysia disumbangkan oleh Nik Akif Shahiran pada minit ke-50 manakala Thailand meraih gol menerusi Kritsada Kaman pada minit ke-63.

Malaysia bakal menentang pasukan naib juara Kumpulan B yang masih belum ditentukan.

Gambar kredit: Facebook FAM