ARAB SAUDI 2 MALAYSIA 1

Malaysia membuka kempen Kejohanan AFC B-19 Tahun 2018 dengan kekalahan selepas tunduk kepada Arab Saudi 2-1 dalam aksi Kumpulan D di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi, sebentar tadi.


Walaupun Malaysia mempamerkan aksi yang lebih menyerlah pada permulaan permainan, Arab Saudi berjaya meraih tiga mata apabila membuka jaringan pada minit ke-24.

Turki Al-Ammar mengambil kesempatan di atas kegagalan barisan pertahanan Malaysia untuk menanduk bola sebelum tenang mengatasi penjaga gol, Azri Abdul Ghani.

Arab Saudi beraksi cemerlang dan mereka berpeluang untuk menambah jaringan, namun kecemerlangan Azri memastikan Malaysia kekal ketinggalan dengan hanya satu jaringan.

Azri menampan percubaan daripada Firas Al-Birakan sebelum menafikan sepakan penalti Al-Ammar sementara satu lagi jaringan mereka dibatalkan kerana ofsaid.

Bagaimanapun, tekanan yang dipamerkan Arab Saudi berjaya membenarkan mereka mendahului permainan 2-0 pada minit ke-78 -- Abdulmohsen Al-Qahtani melakukan lorongan untuk Salem Al-Saleem menyudahkan jaringan.

Hadi Fayyadh Abdul Razak menjaringkan gol untuk Malaysia ketika perlawanan berbaki dua minit tetapi ia terlalu lewat untuk skuad kendalian Bojan Hodak itu mencari gol penyamaan.