LEVANTE 1 REAL 0

Ketersediaan Eden Hazard untuk aksi Real Madrid berdepan Manchester City dan Barcelona dalam keraguan selepas Zinedine Zidane kecederaan terbarunya 'kelihatan serius'.


Penyerang kelahiran Belgium itu dikeluarkan dalam separuh masa kedua ketika tewas 1-0 kepada Levante semalam dan menerima rawatan ketika berada di bangku simpanan.

Hazard baru sahaja kembali ke dalam skuad utama selepas mengalami kecederaan buku lali dan sekali lagi ditimpa kecederaan yang membimbangkan Zidane.

Real berdepan City dalam aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) Rabu ini sebelum berdepan pendahulu LaLiga yang terbaru, Barcelona minggu hadapan.

"Ia kelihatan agak serius," kata Zidane.

"Rawatan telah diberikan dan kami akan membuat lebih banyak ujian terhadap kecederaan Hazard."

Real berputih mata di Estadi Ciutat de Valencia selepas mengalami kekalahan mengejut hasil jaringan Jose Luis Morales pada penghujung permainan.



Real seri 2-2 dengan Celta Vigo di laman sendiri dalam aksi terdahulu dan bakal menerima kunjungan Barcelona minggu hadapan.