N'Golo Kante memuji sumbangan Paul Pogba ketika Perancis menewaskan Australia 2-1 dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia mereka di Kazan Arena, Sabtu lalu.

Pemain tengah berkenaan, yang membuat permulaan hebat dalam kemenangan itu meskipun mengharungi musim mengecewakan di Manchester United, memainkan peranan utama dalam memenangi penalti yang seterusnya disudahkan Antoine Griezmann.

Dia kemudian melambungkan bola ketika masa perlawanan tinggal 10 minit tetapi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan bahawa ia gol sendiri daripada pemain pertahanan Socceroos, Aziz Behich.

Kante, yang membarisi skuad Les Bleus bersama Pogba, memuji keazaman pemain berusia 25 tahun itu untuk menang dan profesionalismenya.

Dia berkata: "Semua orang tahu Paul, kami semua tahu dia sangat berbakat.

"Dia mempunyai kualiti, saya fikir dia bermain dengan baik. Jauh dari padang, dia mempunyai wataknya sendiri, dia penjaring gol kemenangan, seorang profesional yang hebat.

"Saya fikir dia mahukan kemenangan itu, dia berjuang untuk menang. Kami gembira kerana dia menjaringkan gol. Dia memberikan segala-galanya untuk menang," ujarnya.

Pogba dan Kante kemungkinan akan bersama Perancis untuk meneruskan kempen Kumpulan C dengan menentang Peru di Ekaterinburg Arena, Khamis ini.