Wira England, Harry Kane, berkata dia dan rakan sepasukannya terpaksa mengelak tertelan lalat di dalam mulut ketika memburu kemenangan dalam aksi Piala Dunia menentang Tunisia di Volgograd, awal pagi tadi.

Kane menjaringkan gol kemenangan menerusi tandukan pada minit ke-91 selepas menyudahkan jaringan pembukaan ketika skuad Gareth Southgate meraih kemenangan 2-1 dalam aksi Kumpulan G itu.

Tumpuan yang banyak terarah kepada gembar-gembur pra-perlawanan nyata meningkatkan suhu di dalam stadium berbanding dengan kem England di Repino.

Dan Kane mengesahkan pemain England sukar untuk menangani beberapa suasana perlawanan, termasuk dirinya.

Ditanya mengenai lalat di Volgograd, pemain terbaik perlawanan itu berkata: "Ia lebih banyak daripada apa yang kami fikirkan.

"Kami diberitahu sebelum ini bahawa lalat akan banyak di sini. Apabila kami keluar untuk memanaskan badan, ia lebih banyak daripada apa yang kami fikirkan. Kami mempunyai banyak penyembur serangga dan ia penting.

“Lalat terkena mata kami dan sebahagiannya memasuki mulut kami. Ia adalah sebahagian daripada halangan yang perlu ditangani dan kami dapat mengatasinya dengan baik."

Sementara itu, kedai-kedai di Moscow menjual anak patung Russia yang menggunakan imej Kane tetapi pemain Tottenham itu berseloroh mengatakan dia tidak terkesan dengan persamaannya dengan barangan cenderamata itu.

"Saya perlu mendapatkan salah satu anak patung Russia itu," katanya. "Saya melihatnya dan mereka membuat saya kelihatan agak gemuk."