Eden Hazard berseloroh sambil mengatakan aksi terbaiknya akan hadir dalam Piala Dunia selepas memainkan peranan penting dalam kemenangan 3-0 Belgium ke atas Panama di Stadium Fisht, awal hari ini.

Hazard bekerjasama dengan Kevin De Bruyne untuk mencipta peluang gol yang disudahkan Romelu Lukaku sebelum membuat hantaran tepat bagi jaringan kedua penyerang Manchester United itu.

Banyak cakap-cakap pra-perlawanan yang tertumpu kepada Hazard dan prestasinya, dengan rakan sepasukan Belgium dan Chelsea, Thibaut Courtois, mengatakan pemain yang dilaporkan menjadi sasaran Real Madrid itu kini berada dalam prestasi terbaiknya.

Ditanya mengenai komen Courtois selepas itu, Hazard tersenyum sambil berkata: "Dia mahu memberi saya keyakinan!

"Tidak, saya rasa berada pada saat yang baik. Pra-Piala Dunia sebelum ini bagus dan saya mempunyai beberapa perlawanan persahabatan yang bagus.

"Saya sangat baik hari ini tetapi saya boleh melakukan yang lebih baik. Saya rasa kamu akan lihat yang terbaik daripada Eden Hazard nanti.

Dia menambah: "Saya boleh melakukan dengan lebih baik. Bantuan gol yang bagus tetapi biasanya apabila saya menghantar kepada Romelu, dia sudahkan, jadi kadang-kadang tidak sukar untuk mendapatkan bantuan gol.

"Ini adalah prestasi yang baik oleh pasukan tetapi kita semuanya boleh menjadi lebih baik."