Juventus pasukan dalam pembikinan -- Sarri

Oleh Staff Writer 22 September 2019
Juventus pasukan dalam pembikinan -- Sarri
JUVENTUS 2 HELLAS VERONA 1

Ketua jurulatih, Maurizio Sarri, berkata Juventus merupakan "pasukan dalam pembikinan" selepas merakamkan kemenangan 2-1 dalam saingan Serie A ke atas Hellas Veronas semalam.


The Old Lady ketinggalan menerusi jaringan Miguel Veloso tetapi gol sulung Aaron Ramsey dan sepakan penalti Cristiano Ronaldo memastikan juara Itali itu meraih mata penuh.

Ia menandakan Juve kembali ke rentak kemenangan selepas seri dua kali berturut-turut dalam saingan Serie A dan Liga Juara-Juara (UCL) dan Sarri meminta untuk bersabar ketika dia menyatukan pasukan itu.

"Mungkin pemain-pemain agak kepenatan kerana baru sahaja menghadapi perlawanan pada pertengahan minggu," kata Sarri.

"Dengan banyak perubahan yang dilakukan, keseimbangan pasukan turut lari dan itulah perkara yang kami sedari. Kami menurunkan pemain-pemain cergas dalam kesebelasan utama.

"Pasukan ini masih lagi dalam pembikinan.

"Mereka perlu menghadapi jadual padat bagi menempuhi perlawanan di pentas domestik dan Eropah.

"Kami bertindak dengan cemerlang apabila bangkit daripada ketinggalan tetapi perlu meningkatkan lagi corak permainan kerana hampir dibolosi pada penghujung.

"Ia memakan masa yang panjang untuk melatih pemain-pemain bertahan dan sukar untuk mereka bermain dengan penuh keyakinan kerana menghadapi tekanan yang tinggi."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen