Jaringan penuh emosi buat Zaza

Oleh Staff Writer 5 Jun 2018 7489
Jaringan penuh emosi buat Zaza
Emosi bermain di fikiran Simone Zaza selepas menjaringkan gol ketika Itali seri 1-1 dengan Belanda, dua tahun selepas dia gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika berdepan Jerman.

Penyerang itu membuka jaringan di Turin, dengan mengambil peluang selepas Virgil van Dijk gagal mengeluarkan bola daripada kotak penalti.
Jaringan Zaza hadir selepas dia masuk sebagai pemain gantian, membantu melegakan perasaannya ketika gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam Euro 2016 yang menjadi punca Itali tewas kepada Jerman dalam suku akhir.

Nathan Ake menyamakan kedudukan selepas Domenico Criscito dilayangkan kad merah dalam pertembungan di antara dua pasukan yang tidak tersenarai ke Piala Dunia itu.

"Saya gembira dengan jaringan saya kerana iamempunyai kenangan yang menyedihkan bersama Itali," katanya.

"Saya sangat bernasib baik tetapi saya memiliki masa yang sukar dan jaringan ini mengubat kesedihan saya.

"Saya sangat gembira dengan persembahan ini -- kami memiliki skuad yang muda dan memiliki masa yang banyak untuk membuat persiapan bagi kejohanan akan datang."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen