Jaringan kemenangan Andres Iniesta dalam final Piala Dunia di Afrika Selatan mencatatkan kemenangan bersejarah buat Sepanyol dan Xabi Alonso percaya dia adalah idola kepada setiap pemain.

Dalam aksi sengit berdepan Beladan pada Julai 2010 itu, jaringan Iniesta yang membenarkan Sepanyol dijulang sebagai juara dunia buat kali pertama.

Pada April lalu, pemain tengah itu mengumumkan hasratnya untuk meninggalkan Barcelona selepas mengharungi karier yang gemilang bersama Barcelona dan mengambil keputusan untuk ke Jepun bagi beraksi dalam Liga J bersama Vissel Kobe.

Lapan tahun selepas kejayaan tersebut, Iniesta sekali lagi bersama skuad Sepanyol dan bekas rakan senegaranya masih berasakan kepentingan yang dimiliki Iniesta dan dipandang sebagai idola kepada setiap pemain.

"Iniesta mampu melakukan apa sahaja yang diingininya. Dia adalah idola kepada semua pemain," kata Alonso.

"Saya bersyukur kerana dapat bermain bersamanya dan jaringannya adalah satu keajaiban buat Sepanyol.

"Dia mampu melakukan apa sahaja yang dia mahu."

Sepanyol akan berdepan Tunisia pada Sabtu ini dalam aksi persahabatan terakhir sebelum memulakan kempen Piala Dunia berdepan Portugal di Socchi pada 15 Jun.