Dani Carvajal melabel taktik Iran sebagai "tidak setia" sungguhpun Sepanyol mencatatkan kemenangan sulung dalam Piala Dunia Russia, awal pagi tadi.

Jaringan tunggal Diego Costa menjadi pemisah kepada pertembungan sengit di Kazan itu untuk Sepanyol berkongsi mata dengan Portugal di puncak Kumpulan B.

Iran sempat menyaksikan gol mereka dibatalkan akibat Video Bantuan Pengadil (VAR) manakala Mehdi Taremi terlepas peluang keemasan buat pasukan bimbingan Carlos Queiroz itu.

Bagaimanapun, bek kanan Real Madrid, Carvajal, berpendapat taktik bertahan Iran adalah melampau sambil menganggap pihak lawan gemar melengah-lengahkan permainan menerusi kecederaan pemain.

"Mereka sekadar berkampung di kawasan sendiri ia merupakan strategi taktikal yang diamalkan sepanjang permainan," kata Carvajal.

"Malah, mereka berpura-pura dengan kecederaan.

"Ini bukan bola sepak. Ia tidak setia tetapi setiap orang menyedarinya," katanya.

Justeru, Carjaval berharap lawan yang bakal dihadapi pada masa depan dalam temasya Russia 2018 ini -- bermula pertemuan dengan Maghribi dalam aksi terakhir Kumpulan B -- lebih bercita-cita tinggi dalam permainan mereka.

"Sukar untuk kami memecah kebuntuan," kata Carvajal. "Begitupun, mujur kami tidak dibolosi walaupun mereka memiliki peluang -- tiga mata adalah penting.

"Kami merupakan pasukan yang bermain secara langsung dan terbuka, saya harap kami tidak berdepan pihak lawan yang meletakkan ramai pemain di kawasan sendiri."