Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, mengesahkan bahawa video bantuan pengadil (VAR) akan digunakan dalam Piala Dunia 2018 di Russia.

Proses VAR telah diuji dalam saingan domestik dan Piala Dunia Kelab 2016 manakala ia turut membantu membetulkan dua keputusan dalam perlawanan berprofil tinggi dalam aksi persahabatan di antara Perancis dan Sepanyol bulan lalu.

Dan, dengan keputusan awal yang positif, Infantino berkata sistem VAR adalah satu keperluan bagi mengelak kesilapan dalam perlawanan di peringkat tertinggi.

"Kami akan menggunakan pengadilan video dalam Piala Dunia 2018 kerana kami tiada apa selain hasil yang positif setakat ini," katanya dalam Kongres Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan.

"Pada 2017, apabila semua orang di stadium atau di rumah boleh melihat dalam masa beberapa saat jika pengadil membuat kesilapan, kami tidak boleh mempunyai situasi di mana satu-satu pihak yang tidak boleh saksikannya adalah pengadil."