Ibrahimovic sedang dilamar AC Milan, kata pesuruhjaya MLS

Oleh Staff Writer 8 November 2019 106
Ibrahimovic sedang dilamar AC Milan, kata pesuruhjaya MLS
Zlatan Ibrahimovic sedang dilamar AC Milan, kata Pesuruhjaya Liga Utama Amerika Syarikat (MLS), Don Garber.

Pemain berusia 38 tahun itu telah menghabiskan 18 bulan dalam MLS tetapi kontraknya bersama LA Galaxy akan tamat bulan depan dan dia dikaitkan untuk kembali menyertai bola sepak Eropah.

Ibrahimovic pernah mewakili Milan selama dua musim sebelum berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG) pada 2012 dan Garber berasakan kepulangannya ke pasukan itu semakin hampir.

"Zlatan seorang yang amat menarik," katanya kepada ESPN.

"Dia membuatkan tangan dan peti masuk saya penuh tetapi dia benar-benar menyeronokkan.

"Anda memerlukan orang seperti itu untuk memecah kebiasaan seperti yang (David) Beckham lakukan satu masa dulu.

"Dia berusia 38 tahun dan sedang dilamar AC Milan, salah satu kelab terbaik di dunia," katanya.

Ibrahimovic tersenarai dalalam kesebelasan terbaik MLS pada 2018 dan 2019 selepas menghasilkan 53 gol, dan Garber tidak menolak sepenuhnya bahawa penyerang berbangsa Sweden itu akan bersetuju untuk menandatangani kontrak baru bersama LA Galaxy.

"Dia hampir mencipta rekod jaringannya sepanjang dua tahun ini dan dia seorang yang menarik di dalam dan luar padang.

"Dia membuatkan kami sibuk tetapi saya amat gembira untuk melihat dia terus beraksi di sini -- ia terpulang kepada LA Galaxy.

"Saya menikmati momen bersama Zlatan, terutama ketika dia bercekap kepada saya selaku orang ketiga," katanya.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen