Zlatan Ibrahimovic menegaskan dia bakal kembali ke Serie A serta menyatakan kelab yang bakal disertai "perlu kembali menang".

Ibrahimovic telah dikaitkan bakal kembali menyertai bekas pasukannya, Milan, selepas mengesahkan tidak melanjutkan kontrak bersama kelab Liga Bolasepak Utama (MLS), LA Galaxy, bulan lalu.

Penyerang bintang itu dijangka kembali ke Serie A dan berkemungkinan berhijrah ke San Siro, di mana dia beraksi untuk Milan dan Inter.

"Saya akan menyertai kelab yang perlu kembali melakar kemenangan. Sejarah yang dilakukan sebelum ini harus diperbaharui, di mana ia merupakan cabaran buat semua pemain," kata Ibrahimovic kepada GQ Italia.

"Jumpa anda di Itali tidak lama lagi."

Ibrahimovic menjaringkan 59 gol dalam 89 perlawanan untuk Milan ketika 2010 dan 2012, memenangi gelaran Serie A dan Piala Super Itali.

Milan terdesak untuk mempertingkatkan mutu jentera serangan selepas hanya menjaringkan 13 kali dalam 14 perlawanan liga dan kini menghuni tangga ke-11.

Ibrahimovic, yang meledak 53 gol dalam 58 perlawanan untuk Galaxy, berkata terdapat beberapa faktor yang akan menentukan kelab seterusnya buatnya.

"Cara ini sahaja mampu dilakukan untuk mencari rangsangan bagi mengejutkan anda sekali lagi.

"Sebagai pemain bola sepak, ia tidak penting dalam memilih pasukan. Terdapat beberapa faktor lain yang harus dilihat, termasuk kepentingan keluarga saya."