Ibrahimovic disambut seperti wira di LA

Oleh Staff Writer 30 Mac 2018 5763
Ibrahimovic disambut seperti wira di LA
Zlatan Ibrahimovic diberikan sambutan meriah apabila pemain baru Galaxy itu tiba di Los Angeles, hari ini. 

Ibrahimovic, 36, menandatangani kontrak bersama skuad Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) itu pada awal bulan ini selepas 20 bulan di Manchester United.

Peminat dan media berkumpul lebih awal sebelum menyambut ketibaan penyerang veteran itu. 

Ibrahimovic mungkin membuat kemunculan pertamanya untuk Galaxy dalam pertemuan penting menentang Los Angeles FC, Ahad ini.

Galaxy membuat permulaan tidak menentu musim ini dengan mencatat satu kemenangan, satu seri dan satu tewas dalam tiga perlawanan pembukaan mereka.

Membawa masuk Ibrahimovic pastinya akan memberi rangsangan kepada Galaxy, dengan bekas pemain antarabangsa Sweden itu menikmati kerjaya cemerlang di seluruh Eropah.

Dia telah memenangi Eredivisie, Serie A, LaLiga dan Ligue 1 sepanjang kerjayanya, selain membantu United menjulang trofi Liga Europa dan Piala EFL musim lalu.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen