Mats Hummels berharap dapat cergas untuk menghadapi Sweden di Sochi, awal pagi esok, ketika Jerman dilihat mahu bangkit daripada kekalahan 1-0 di tangan Mexico dalam Kumpulan F, Piala Dunia.

Hirving Lozano menghadiahkan kemenangan 1-0 untuk Mexico minggu lalu, dengan tekanan kini terarah kepada juara dunia bimbingan Joachim Low itu.

Dan Jerman mungkin beraksi tanpa Hummels untuk pertembungan menentang Sweden, dengan Low dalam sidang media pra-perlawanan mengesahkan bahawa pemain Bayern Munich itu mengalami kecederaan leher.

Bagaimanapun, Hummels menerusi Twitter menyatakan bahawa dia masih mempunyai peluang untuk terlibat.

"Masih ada harapan untuk esok, saya semestinya tidak mahu hanya menonton perlawanan penting itu," kata pemain tengah itu.

Ia berbeza dengan pengesahan dibuat jurulatih Jerman itu yang mengatakan Hummels tidak bersedia untuk beraksi.

"Hummels tidak akan dapat bermain (awal pagi esok). Dia mengalami kesakitan di lehernya (vertebra) semalam dan keadaannya tidak bertambah baik hari ini," kata Low.

"Dia tidak boleh berlatih tetapi masih ada masa. Apabila perkara seperti itu berlaku, ia tidak akan bertambah baik dalam tempoh sehari."