Hodak ambil langkah awal hadapi Kejohanan AFF, kelayakan AFC B-19

Oleh Staff Writer 11 Januari 2019 1023
Hodak ambil langkah awal hadapi Kejohanan AFF, kelayakan AFC B-19
Ketua jurulatih skuad bola sepak B-19 negara, Bojan Hodak, menyenaraikan 28 pemain untuk sesi latihan pusat di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, Selasa depan.

FAM dalam kenyataan hari ini memaklumkan latihan selama dua minggu itu adalah sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan B-19 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2019 di Vietnam dan Kelayakan Kejohanan B-19 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020, Julai dan September 2019.

Sebagai rekod, Malaysia merupakan juara bertahan Kejohanan AFF B-19 selain pernah menjuarai Kejohanan AFC B-19 sebanyak tiga kali pada 1959, 1960 dan 1968.

AFF dan AFC masih belum mengadakan undian untuk kedua-dua kejohanan berkenaan.

Senarai 28 pelatih:

Muhd Rahadi Azli Rahalim, Nur Aiman Akif Azminoorkamal, Nik Ikmal Nik Ahmad Afandi, Muhd Azam Azmi Murad, Muhd Muslihuddin Atiq (Terengganu); Muhammad Izzat Zikri Iziruddin, Muhammad Khusaini Mohd Yusuf, T. Saravanan, Muhammad Irfan Faiz Mohd Saharudin, Muhammad Hazim Abu Zaid (Melaka).

Muhammad Azim Al-Amin Kamaruddin (Kuala Lumpur); Muhammad Syamer Abdullah (Perak); Alan Lagang Keryer (Sarawak); Muhd Mukhairi Ajmal Mahadi (PKNP).

Muhammad Farid Soaid, Ahmad Irfan Mohd Noor, Aznil Asyraaf Azhar, Mohammad Zaide Mohd Zain, Mohd Aiman Afif Md Afizul (Kedah); Muhammad Firdaus Abdul Razak, Muhammad Faris Kamardin, Muhammad Husni Idrus (Selangor).

Muhammad Haziq Kamarulzaman, Muhamad Aikmal Roslan (Negeri Sembilan); Mohamad Zulkifli Mohamad Yusoff, Muhammad Ilham Syukri Jamaluddin (Johor Darul Ta'zim); Muhammad Firdaus Kaironnisam, Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan (Sekolah Sukan Malaysia Pahang).

-- BERNAMA

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen