Higuain mahu buktikan kemampuan kepada Juventus

Oleh Staff Writer 13 September 2019 267
Higuain mahu buktikan kemampuan kepada Juventus
Gonzalo Higuain bertekad mahu membuktikan kemampuannya kepada Juventus selepas diberikan peluang sekali lagi bersama kelab itu.

Higuain, 31, bergelut untuk memberikan impak sewaktu dipinjamkan ke Chelsea dan AC Milan bagi musim 2018-19.

Chelsea memilih untuk tidak menggunakan pilihan pembelian daripada pinjaman itu sehingga menyebabkan penyerang itu terpaksa kembali ke Juve dan mengikut jejak langkah pengendali, Maurizio Sarri.

Dia dijangka tidak akan diberikan peluang untuk berada dalam kesebelasan utama tatkala Juve memiliki pilihan Cristiano Ronaldo, Paulo Dybala dan Mario Mandzukic di barisan depan.

Namun, dia beraksi dalam kedua-dua aksi Serie A musim ini, menyumbat gol hebat sewaktu Juve menundukkan bekas pasukannya, Napoli, sebelum tempoh rehat antarabangsa.

"Saya di sini untuk membuktikan kebolehan," katanya menjelang pertemuan dengan Fiorentina, esok.

"Saya mahu kekal sebaik sahaja kembali ke sini. Saya gembira bersama Juve, sebuah kelab besar dan memiliki peminat yang hebat di dalam bandar yang saya tahu tentangnya.

"Saya tidak memikirkan tentang masa lalu tetapi hanya berusaha untuk masa depan. Ia bakal jadi musim penting. Tahun lalu sangat sukar tetapi saya masih menyumbat banyak gol dan memenangi Liga Europa.

"Kini, saya hanya fikirkan musim ini. Saya mempunyai memori yang indah menentang Fiorentina, meraih penampilan pertama bersama Juve berdepan mereka.

"Tidak mudah beraksi di Franchi tetapi kami perlu kuat seperti kemampuan kami untuk membawa pulang kemenangan. Saya kembali bersama Ronaldo selepas beberapa tahun dan dia lebih bagus, sempurna dan berkeinginan tinggi. Saya gembira untuk beraksi bersamanya sekali lagi."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen