Hazard mahu Ramos kekal ambil sepakan penalti

Oleh Staff Writer 14 Jun 2019 6090
Hazard mahu Ramos kekal ambil sepakan penalti
Eden Hazard gembira untuk merelakan kapten pasukan, Sergio Ramos, kekal mengambil sepakan penalti buat Real Madrid sambil mengakui dia tidak mampu meyakinkan Luka Modric untuk memberikannya jersi nombor 10.

Pemain kebangsaan Belgium itu melengkapkan perpindahannya ke Los Blancos minggu lalu selepas menghabiskan tujuh tahun di Chelsea di mana dia terkenal sebagai pengambil sepakan penalti terhebat.

Bagaimanapun, pertahanan tengah, Ramos, sudah membiasakan diri dengan peranan itu sebaik menggantikan Cristiano Ronaldo sebagai pengambil sepakan penalti tetap Madrid dan Hazard tidak kisah untuk ketua pasukan barunya itu meneruskan tugas berkenaan.

"Saya berasakan kapten telah mengambil sepakan penalti dengan amat baik," katanya selepas sesi memperkenalkannya, awal pagi tadi.

"Saya tidak rasa dia akan meminta saya untuk mengambilnya!

"Dia mungkin akan terus mengambil sepakan penalti dan terus menjaringkannya. Tidak syak lagi," katanya.

Hazard telah membuat permohonan peribadinya untuk menyarung jersi bernombor 10.

Pemenang Ballon d'Or, Modric, merupakan pemilik nombor berkenaan dan Hazard mendedahkan dia telah meminta bantuan rakan senegara Modric di Croatia, Mateo Kovacic, yang dipinjamkan Madrid kepada Chelsea musim lalu, untuk mendapatkan jersi berkenaan.

Bagaimanapun, Hazard hanya diberikan jersi tanpa sebarang nombor ketika diperkenalkan dan dia mengakui usahanya untuk memujuk Modric tidak berhasil.

"Saya telah menghubungi Modric melalui Kovacic untuk bertanya jika saya boleh menggunakan jersi nombor 10 dan dia katakan tidak.

"Ia sedikit gurauan di antara kami.

"Saya perlu mencari nombor lain, namun saya tidak fikir nombor itu terlalu penting.

"Bagi saya, perkara terpenting ialah menyarung jersi Real Madrid dan mempertahankan kelab ini," tambahnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen