Ajax kekal dua mata di belakang pendahulu Liga Eredivisie, PSV Eindhoven, selepas hatrik daripada Hakim Ziyech dan Daley Blind membolehkan mereka menewaskan kelab zon bawahan, De Graafschap, 8-0 lewat malam tadi.

Bulan lalu, Matthijs De Ligt mengeluarkan kenyataan akan kekurangan tahap persaingan dalam liga tertinggi Belanda itu selepas mencatat kemenangan 7-1 ke atas Excelsior.

"Jika kami terus mencatat kemenangan, ia tidak akan menjadi masalah tetapi kami harus mengakui bahawa ia tidak menyeronokkan," kata pertahanan muda itu.

Berdasarkan kenyataan itu, dia semestinya tidak menikmati kejayaan semalam tetapi penonton di Johan Cruyff Arena bersorak gembira tatkala Ziyech dan Blind -- yang menjaringkan tiga gol dalam tempoh 25 minit -- membantu Ajax merakamkan kemenangan dalam tempoh 90 minit.

Dusan Tadic dan Noussair Mazraoui turut menyumbat jaringan dalam kemenangan terbesar Ajax di laman sendiri itu sejak 18 Mac 2001 apabila mereka membelasah Sparta Rotterdam 9-0.