Skuad Harimau Malaya kini menanti penuh debar untuk mengetahui nasib mereka dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 serta kelayakan Piala Asia 2023 apabila majlis undian berkenaan berlangsung di ibu pejabat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Bukit Jalil, hari ini.

Segala persoalan mengenai lawan yang akan ditemui skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu akan terjawab petang ini, di mana pasukan kebangsaan diletakkan dalam Balang 4 bersama Myanmar, Hong Kong, Turkmenistan, Yemen, Afghanistan, Maldives dan Kuwait.

Malaysia berjaya mengelakkan diri daripada diletakkan dalam Balang 5 selepas memperbaiki kedudukan dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini.

Ikut perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 7:30 malam ini.