Hakimi sedia raih kepercayaan Bojan

Oleh Bernama 17 Mei 2018 5405
Hakimi sedia raih kepercayaan Bojan
Pemain pelapis Kelantan, Mohamad Hakimi Abdullah, bersedia memberikan saingan bagi merebut tempat dalam skuad bawah 19 tahun kebangsaan yang dikendalikan ketua jurulatih, Bojan Hodak.

Mohamad Hakimi, 19, tidak sabar untuk membuktikan pemilihannya tepat selepas bersama pasukan Piala Belia Kelantan musim ini.

"Musim  lalu, saya bermain bersama pPasukan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) Rantau Panjang dan ia rezeki saya untuk terpilih bagi menjalani latihan bersama pasukan bawah 19 tahun kKebangsaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohamad Hakimi adalah antara 27 pemain yang dipanggil bagi menjalani latihan pusat di Kelana Jaya, Selangor bermula Ahad ini bagi persediaan menghadapi kejuaraan B-19 tahun Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Indonesia, Julai ini.

Pemain sayap kiri itu berkata dia tidak mahu melepaskan peluang keemasan tersebut yang menjadi impian setiap pemain bagi mewakili negara dalam sesuatu kejohanan.

"Ian memerlukan kerja keras dan kesungguhan saya sendiri untuk mendapat tempat, sekali gus dapat menyumbangkan khidmat kepada pasukan," katanya.

Menurut anak kelahiran Kampung Jeram Perdah, Rantau Panjang itu, persaingan bagi merebut tempat dan posisi adalah perkara biasa dalam sesuatu pasukan.

"Apabila berada di peringkat mewakili negara, semua pemain tidak boleh bermain sambil lewa kerana terdapat ramai pemain yang mempunyai kualiti akan dipanggil oleh ketua jurulatih," katanya.

Setakat pertengahan  musim ini, Mohmmad Hakimi telah menyumbang lima gol kepada pasukan Kelantan dalam saingan Piala Belia.

Tentang Penulis

Bernama

Komen