WATFORD 2 CRYSTAL PALACE 1

Jaringan lewat Andre Gray memastikan kemenangna Watford 2-1 ke atas Crystal Palace di Vicarage Road sebentar tadi untuk menempah slot ke separuh akhir Piala FA.


Jaringan penyamaan Michy Batshuayi menyaksikan kemenangan bakal ditentukan dalam masa tambahan tetapi Gray berjaya meledak jaringan 11 minit sebelum tamat perlawanan untuk menghantar tuan rumah ke Wembley.

Watford mengawal permainan dalam separuh masa pertama dan mendahului menerusi jaringan Etienne Capoue, yang mengambil peluang di atas kesilapan penjaga gol, Vicente Guaita.

Palace bangkit menampilkan pendekatan agresif selepas permainan bersambung dan berjaya mengikat kedudukan hasil ledakan Batshuayi tetapi Gray –- penjaring gol kemenangan dalam dua aksi Watford di laman sendiri -- muncul wira The Hornets untuk menyingkirkan skuad bimbingan Roy Hodgson itu.