EIBAR 0 ATLETICO 1

Atletico Madrid mengesahkan Jose Gimenez terkehel jari kakinya dalam kemenangan 1-0 ke atas Eibar dalam aksi LaLiga, awal pagi tadi.


Thomas Lemar menemui sentuhan penyudah pada lewat permainan dalam aksi di Ipurua itu untuk Atleti menghambat pendahulu LaLiga, Barcelona, dengan enam mata.

Tetapi kemenangan itu terpaksa dibayar dengan harga mahal buat skuad kendalian Diego Simeone itu berikutan kecederaan yang menimpa Gimenez .

Atleti mengesahkan dalam satu kenyataan perubatan bahawa pemain antarabangsa Uruguay itu ditimpa kecederaan itu dalam separuh masa pertama.

"Tahap kecederaan itu mula berkurangan ketika permainan berlangsung dan pertahanan kami dapat menamatkan perlawanan itu," jelas kelab itu.

"Ujian perubatan akan dilakukan dalam beberapa jam akan datang untuk mengelaknya daripada mengalami kerosakan tulang."

Atletico, tujuh mata di depan seteru setempat, Real Madrid, akan menghadapi pasukan yang mara ke separuh akhir Liga Europa, Valencia, dalam aksi di tempat sendiri, Khamis ini.

"Eibar bersaing dengan baik, mereka sangat berbahaya," kata Simeone selepas kemenangan keempatnya dalam lima perlawanan LaLiga.

"Kami akan terus melaksanakan tugas dan berjuang sehingga akhir.

"Kami memulakan permainan dengan lebih baik, kemudian mereka bertambah baik dan selesa sehingga rehat. Separuh kedua adalah sebaliknya.

"Kami merombak pemain untuk melihat bagaimana kami dapat mengucar-ngacirkan mereka dengan Lemar, Koke, Thomas Partey. Kami berjaya menemui gol menerusi gerakan menarik yang disudahkan Lemar, ia satu langkah yang baik buatnya."