Pengurus Wales, Ryan Giggs, percaya dia boleh membantu penyerang, Gareth Bale, untuk mengatasi masalah kecederaannya.

Bale, 28, bergelut dengan kecederaan paha dan betisnya musim ini, dengan hanya membuat lapan penampilan LaLiga bagi Real Madrid.

Giggs, yang bermain sehingga berusia 40 tahun dalam kerjaya luar biasa bersama Manchester United, berasakan dia berupaya membantu Bale untuk menangani masalah berpanjangannya itu.

"Ini mengenai penyampaian pengetahuan yang anda lalui sebagai pemain," katanya.

"Jelas, saya mempunyai banyak pengetahuan mengenainya -- perkara berbeza yang akan anda lawan.

"Jadi, itu mungkin perbualan kerana semua orang mahu Gareth Bale cergas, dan semua orang mahu pasukan kebangsaan Wales cergas, jadi anda mempunyai pemain terbaik untuk dipilih."

Sejak berpindah ke Madrid dari Tottenham pada 2013, Bale bermain sekurang-kurangnya 40 perlawanan dalam semua pertandingan hanya dua musim sepanjang tempoh itu.