Gennaro Gattuso mencabar Krzysztof Piatek untuk memberikan tumpuan penuh terhadap tugasnya untuk AC Milan ketika penyerang itu bergelut meledak jaringan.

Penyerang kelahiran Poland, Piatek, telah mengharungi enam perlawanan tanpa sebarang jaringan, dengan kali terakhir melakukannya ketika tewas 2-1 kepada Juventus, 6 April lalu.

Piatek, yang tiba di San Siro, Januari lalu, berjaya menembusi benteng pertahanan lawan, sekali gus membantu Milan dalam usaha untuk kembali ke tahap terabik.

Gattuso memberikan cadangan bahawa kembali kepada permainan asas adalah sesuatu yang diperlukan oleh Piatek.

"Piatek perlu memikirkan perkara yang terbaik untuk pasukan," kata Gattuso.

"Dia perlu kembali mencari rentak terbaik setiap kali turun beraksi."

Piatek memiliki peluang terbaik untuk mencari semula sentuhan penyudahnya ketika Milan menerima kunjungna Frosinone, malam ini.

The Rossoneri perlu terus memberikan tekanan kepada Inter dan penghuni tangga keempat dalam persaingan kelompok empat pasukan teratas liga, dengan Gattuso berpandangan mengahkhiri saingan di tangga kelima bukanlah satu kegagalan.

"Sememangnya tidak. Dan ia bukan kerana saya mahu memuji diri sendiri.

"Kami agak kecewa kerana dalam tempoh dua bulan, kami banyak kehilangan mata. Tetapi kami tidak gagal musim ini.

"Kami akan cuba memastikan mata maksimum diraih dalam dua perlawanan terakhir musim ini."