MILAN 2 FROSINONE 0

Gennaro Gattuso berterima kasih di atas persembahan cemerlang Gianluigi Donnarumma ketika AC Milan merakamkan kemenangan 2-0 ke atas Frosinone, semalam.


Donnarumma menafikan sepakan penalti Camillo Ciano pada minit ke-50 -- sebahagian daripada permulaan baik Milan dalam separuh masa kedua di San Siro.

Krzysztof Piatek dan Suso muncul sebagai peledak jaringan untuk memastikan tiga mata buat The Rossoneri, yang masih berada dalam persaingan merebut tempat keempat Serie A.

"Ia merupakan perlawanan yang sukar. Kami menyedari Frosinone bakal memberikan cabaran yang hebat kepada kami," kata Gattuso.

"Kami hampir dikejutkan dengan jaringan pasukan lawan tetapi berterima kasih di atas persembahan Gianluigi Donnarumma dan kami akan mula memberikan tumpuan kepada perlawanan seterusnya."

Kedudukan Gattuso selaku ketua jurulatih Milan kerap kali diberikan kritikan tetapi dia percaya dia masih boleh memperbaiki kebolehannya dalam membantu Milan kembali ke Liga Juara-Juara dalam aksi terakhir berdepan SPAL.

"Pada pandangan saya, ramai yang menjangkakan saya akan ditunjuk jalan keluar sejak pra-musim lagi.

"Melihat kepada kedudukan liga sejak enam tahun yang lalu, Milan sudah mula menampakkan peningkatan.

"Saya berasakan kami telah berusaha dengan sebaik mungkin.

"Kami mara ke separuh akhir Piala Itali dan tersingkir daripada pusingan pertama Liga Europa (UEL).

"Orang akan terus menilai saya. Saya akan terus berusaha dan yakin mampu melakukan tugas yang lebih sempurna selepas ini."