Garcia bakal tinggalkan Marseille

Oleh Staff Writer 23 Mei 2019 351
Garcia bakal tinggalkan Marseille
Rudi Garcia mengumumkan dia akan mengundurkan diri selaku pengendali Marseille selepas melalui musim mengecewakan dalam saingan Ligue 1.

Dilantik pada Oktober 2016, Garcia mengemudi pasukannya menduduki tangga kelima tahun tersebut sebelum meneruskan musim penuh pada tahun berikutnya.

Marseille menamatkan kempen 2017-18 di tempat keempat liga, terlepas tiket ke Liga Juara-Juara Eropah setelah ketinggalan hanya satu mata di belakang Lyon.

Namun, mereka gagal mengekalkan rentak bagi musim ini dan Garcia berada dalam tekanan selama beberapa minggu selepas terlepas kelompok tiga terbaik.

Tatkala Marseille hanya mengutip 61 mata bagi kempen 2018-19 -- kurang 16 mata berbanding musim sebelumnya -- dan berada di tangga kelima, Garcia memilih untuk meninggalkan pasukan.

"Saya membuat keputusan untuk pergi," katanya.

"Saya mencadangkan perkara ini kepada presiden yang menerimanya. Jika saya mendengar kepada sebabnya, saya harus menghentikan perjalanan ini. Untuk kebaikan projek, lebih baik kami berpisah."

Garcia memiliki kontrak sehingga 2021 tetapi dia tidak akan menamatkan baki dua tahun tersebut dan bakal mengharungi aksi terakhir menentang Montpellier di Stade Velodrome esok.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen