Flamengo tamatkan perbincangan dengan Balotelli

Oleh Staff Writer 16 Ogos 2019 984
Flamengo tamatkan perbincangan dengan Balotelli
Mario Balotelli tidak akan berhijrah ke Brazil dan menyertai Flamengo selepas kelab dari Rio de Janeiro itu mengesahkan perbincangan telah tamat.

Balotelli merupakan ejen bebas selepas tempoh pendek bersama Marseille musim lalu tamat, di mana dia menjaringkan lapan gol dalam 15 aksi liga.

Bekas penyerang Inter Milan dan Manchester City itu kini sedang mempertimbangkan pilihannya menjelang musim baru dan perpindahan ke Flamengo merupakan salah satu jalan yang ada.

Bagaimanapun, kelab Brazil itu mengeluarkan kenyataan semalam , menyatakan bahawa perbincangan yang dilakukan gagal mencapai kata positif, sekali gus menjadikan kepulangan ke Itali bersama Brescia satu kemungkinan buat pemain itu.

"Flamengo, Balotelli dan wakilnya membuat keputusan secara bersama selepas dua hari pertemuan di Monaco untuk menamatkan perbincangan membabitkan pemain itu," kata wakil kelab Brazil itu.

Memulakan karier bersama Inter sebelum berhijrah ke City, Balotelli menjelajah ke seluruh Eropah apabila turut menyarung jersi AC Milan, Liverpool, Nice dan yang terakhir, Marseille.

Kontrak tiga tahun bersama kelab yang baru dinaikkan ke Serie A, Brescia, kini telah ditawarkan kepada penyerang itu.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen