ALGERIA 1 SENEGAL 0

Djamel Belmadi gembira dengan kemenangan luar biasa dan bersejarah Algeria apabila menewaskan Senegal 1-0 dalam final Piala Negara-Negara Afrika di Stadium Antarabangsa Kaherah, awal pagi tadi.


Ia merupakan kali pertama Algeria meraih kejuaraan itu di gelanggang luar -- untuk menambah koleksi yang dimenangi pada 1990 sebagai tuan rumah -- hasil jaringan Baghdad Bounedjah yang terbias pada minit kedua.

Belmadi percaya skuad kendaliannya itu layak untuk dinobatkan juara edisi ini sambil memberikan pujian khusus kepada pemainnya.

"Ia luar biasa, ia bersejarah," katanya kepada beIN Sports.

"Ini kejuaraan pertama Piala Negara-Negara Afrika yang kami menangi di luar negara.

"Sejak 1990, ia perjalanan yang panjang dan kosong.

"Kami sebuah negara bola sepak. Saya fikir kami layak memenanginya.

"Ia perlawanan yang amat rumit, amat sukar.

"Kami sedar ia akan ditentukan dengan perincian yang kecil dan pemain saya dapat melakukannya.

"Dengan kejohanan yang kami lalui, dengan serangan dan pertahanan yang lebih baik, apa lagi?

"Tetapi tanpa pemain, siapalah saya.

"Kita sering melupakan bahawa mereka adalah watak utama.

"Merekalah yang bermain, yang melaksanakan segala tugasan.

"Mereka melakukannya dengan amat hebat," katanya.