Lucien Favre memuji musim Borussia Dortmund walaupun kecewa kerana gagal mengatasi Bayern Munich untuk menjulang kejuaraan Bundesliga, semalam.

Dortmund merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Borussia Monchengladbach pada hari terakhir musim ini tetapi Bayern Munich mengatasi Eintracht Frankfurt 5-1 untuk bergelar juara dengan kelebihan dua mata.

Ketika Dortmund gagal, ketua jurulatih, Favre, berkata meraih 76 mata -- pencapaian tertinggi Dortmund sejak 2015-16 –- merupakan satu kejayaan.

"Ia adalah kekecewaan. Tetapi kami tidak berputus asa," katanya.

"Pada satu peringkat, Bayern dan Frankfurt terikat 1-1 sebelum mereka segera menjadikan kedudukan 2-1. Perkara paling penting adalah kami memberikan tumpuan kepada tugasan kami.

"Tiada yang menjangkakan kami mampu meraih 76 mata."

Favre berasakan benteng pertahanan yang longlai menghukum Dortmund, yang bolos 44 gol -- lebih 12 kali daripada Bayern -- sepanjang saingan.

"Ia merupakan musim yang sengit. Tetapi kami bolos banyak jaringan.

"Tetapi kami tidak seharusnya melupakan tuah pasukan pada awal saingan musim ini. Banyak perkara yang harus kami lakukan."