Can tidak gembira bersama Juventus

Oleh Staff Writer 10 Oktober 2019 2661
Can tidak gembira bersama Juventus
Emre Can tidak gembira bersama juara Serie A, Juventus, berikutan kekurangan minit permainan di Turin.

Pemain antarabangsa Jerman itu hanya membuat tiga penampilan liga selain namanya tercicir dalam skuad Liga Juara-Juara (UCL) musim ini.

Pemain tengah berusia 25 tahun itu muncul sebagai pemain gantian pada minit ke-71 ketika menghadapi Inter minggu lalu, dengan itu dia hanya merekodkan minit permainan selama 78 minit sejak di bawah bimbingan pengurus, Maurizio Sarri.

"Saya tidak gembira di Juventus. Saya jarang diturunkan," katanya.

"Musim lalu, saya kerap beraksi, terutama dalam perlawanan penting.  Saya juga bermain dengan baik.

"Saya tidak mempunyai banyak peluang pada musim ini. Tetapi saya fikir sebaik saya kembali ke kelab, saya akan mendapat peluang lain lagi.

"Saya sangat berterima kasih kepada Joachim Low memandangkan saya jarang beraksi untuk kelab tetapi beliau masih menyenaraikan saya. 

"Apapun, beliau telah memberi peluang kepada saya. Sebab itulah saya gembira kerana dapat beraksi semula."

Jerman bakal menyambung aksi apabila membuat kunjungan ke Estonia untuk aksi Kumpulan C, kelayakan Euro 2020, Isnin depan. 
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen