Demiral mahu timba pengalaman daripada Chiellini

Oleh Staff Writer 21 Ogos 2019 757
Demiral mahu timba pengalaman daripada Chiellini
Merih Demiral mahu mempelajari sebanyak mungkin daripada idolanya, Giorgio Chiellini, pada peringkat permulaan kariernya bersama Juventus.

Pemain kebangsaan Turki, Demiral, menyertai Juve dari Sassuolo dengan yuran perpindahan EUR18 juta (RM83 juta) bulan lalu -- pertahanan tengah itu tampil cemerlang selepas berhijrah ke Serie A dari Alanyaspor pada pertengahan musim 2018-19.

Gaya permainan pemain berusia 21 tahun itu telah mula dibandingkan dengan bekas pemain kegemaran The Old Lady dan Uruguay, Paolo Montero.

Walaupun dilihat sebagai ancaman kepada pemain pertahanan yang baru menyertai Juve, Matthijs de Ligt, Demiral menegaskan dia hanya melihat kepada Chiellini dan Leonardo Bonucci untuk mendapatkan inspirasi.

"Membandingkan saya dengan Montero merupakan satu kebanggaan bagi saya," katanya.

"Saya berharap dapat mempamerkan kepada penyokong pasukan bahawa saya memiliki kualiti sebagai pertahanan utama Juve. Saya kini beraksi bersama-sama idola saya seperti Chiellini.

"Chiellini dan Bonucci banyak membantu saya menyesuaikan diri di sini sama seperti rakan sepasukan yang lain. Saya berharap dapat mempelajari banyak daripada mereka.

"Ketua jurulatih, Maurizio Sarri, seorang pengendali yang mengutamakan permainan bertahan dan ia membenarkan saya untuk melakukan sebaik mungkin dan memperbaiki kelemahan."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen