BOCA JUNIORS 1 ALMAGRO 0

Daniele De Rossi menandai penampilan pertama bersama Boca Juniors apabila muncul wira dengan meledak gol tunggal perlawanan untuk memulakan kerjayanya bersama gergasi Argentina itu dengan bergaya.


De Rossi, 36, menyertai Boca bulan lalu selepas menamatkan tempoh 18 tahun bersama Roma dalam Serie A.

Pemain tengah itu pantas mencipta impak dengan menggegar gawang ketika berdepan Almagro dalam kempen Copa Argentina, pagi tadi.

De Rossi menyempurnakan hantaran lintang Alexis Mac Allister pada minit ke-28 untuk meletakkan Boca di hadapan dalam pertemuan di Estadio Ciudad de La Plata itu.

Bekas pemain antarabangsa Itali berkenaan hanya merekodkan 63 gol dalam 616 perlawanan buat Roma tetapi pantas menyerlah untuk memulakan penampilan impiannya di Boca.