Zlatko Dalic berkata dia mampu melatih Brazil atau Barcelona, namun jawatan di Croatia akan tetap menjadi pilihannya selepas tewas dalam final Piala Dunia 2018.

Croatia melakar sejarah di bawah bimbingan jurulatih itu selepas tampil dalam perlawanan akhir Piala Dunia pertama mereka di Russia, di mana mereka tewas 2-4 kepada Perancis.

Dalic dan Croatia menawan hati peminat menerusi gaya permainan menarik sepanjang kejohanan itu sehingga negara Balkan tersebut disambut oleh kira-kira setengah juta peminat di jalanan di Zagreb setelah kembali ke negara asal mereka dengan disambut secara luar biasa meskipun tewas.

Mengulas mengenai pengembaraan Piala Dunia oleh Croatia, Dalic dalam ucapan emosional berkata: "Saya boleh menjadi jurulatih Brazil atau Barcelona tetapi tugas ini akan tetap digemari, untuk memimpin pasukan kebangsaan Croatia.

"Masih ada kesedihan kerana kami hampir memenangi piala itu tetapi jika ada orang yang menawarkan saya tempat dalam final berbanding trofi Piala Dunia, kami akan mengambilnya."

Dalic -- membina reputasi di Asia di mana dia mengetuai gergasi Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al Ain, ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara AFC 2016 -- menggantikan Ante Cacic pada Oktober lalu tatkala Croatia bergelut untuk kelayakan Piala Dunia.

Pengurus berusia 51 tahun mengubah nasib pasukan itu dengan membimbing Croatia melepasi halangan Greece dalam pusingan play-off sebelum menempa kegemilangan dalam temasya Russia 2018.