CROATIA 1 PORTUGAL 1

Ketua jurulatih Croatia, Zlatko Dalic mengakui aksi kurang kemas daripada pasukannya selepas final Piala Dunia ketika seri 1-1 dengan Portugal dan berharap peningkatan dapat dipamerkan dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA berdepan Sepanyol.


Skuad kendalian Dalic mendahului juara Eropah selepas minit ke-18 di Estadio Algarve menerusi jaringan Ivan Perisic tetapi Pepe menanduk masuk gol penyamaan Portugal selepas perlawanan melewati 30 minit waktu permainan.

Portugal melepaskan 19 percubaan ke arah pintu gol Croatia sepanjang permainan tetapi Dalic mempertahankan pendekatan yang goyah daripada pasukannya.

"Saya tidak menjangkakan permainan cantik daripada Croatia, kami telah bermain dengan sebaik mungkin," katanya.

"Ia bukan perlawanan mudah selepas apa yang berlaku.

"Kami melakukan enam pertukaran dan Portugal merupakan skuad yang berkualiti, memiliki pemain-pemain yang pantas.

Croatia dikritik ketika saingan Piala Dunia kerana mempamerkan permainan yang membosankan dan negatif -- Dalic mengakui pemain-pemainnya tidak menghadirkan ancaman kepada barisan pertahanan Portugal.

Beliau mengharapkan lebih lagi daripada pasukannya menjelang aksi berdepan Sepanyol.

"Croatia tidak begitu agresif. Dalam separuh masa kedua, permainan kami agak statik dan tidak menghadirkan ancaman kepada lawan.

"Kami perlu mempamerkan peningkatan ketika berdepan Sepanyol."

Bagi pengendali Portugal, Fernando Santos, yang bakal berdepan Itali dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA pada Isnin berkata, "Kami berjaya mempamerkan persembahan yang telah saya jangkakan.

"Kami mendominasi permainan dalam separuh masa pertama dan mencari gol kemenangan perlawanan.

"Ia adalah perlawanan persahabatan yang baik dan kami berdepan pasukan yang berkualiti."