Coppa Italia: Insigne bantu Napoli atasi Lazio

Oleh Staff Writer 22 Januari 2020 92
Coppa Italia: Insigne bantu Napoli atasi Lazio
NAPOLI 1 LAZIO 0

Gol solo gemilang Lorenzo Insigne memastikan Napoli ke separuh akhir Coppa Italia dengan menewaskan Lazio 1-0 di Stadium San Paolo awal pagi tadi.


Elseid Hysaj dan Lucas Leiva masing-masing dibuang padang pada awal permainan, dengan Leiva dilayangkan kad kuning kedua kerana membantah keputusan pengadil ketika Napoli memastikan Lazio mengalami kekalahan ketiga daripada 17 perlawanan dalam kesemua kejohanan musim ini.

Insigne melakukan tolakan mudah yang menewaskan penjaga gol, Thomas Strakosha, selepas melakukan gelecekan dari sebelah kanan pada minit kedua.

Lapan minit kemudian, Ciro Immobile terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan apabila dilihat tergelincir untuk sepakan penalti yang diambilnya melambung tinggi.

Percubaan Arkadiusz Milik terkena tiang pada 20 minit terakhir sebelum voli Immobile terkena palang dan percubaan lencong Mario Rui turut berkesudahan sama pada penghujung permainan.

Bagaimanapun, Napoli mempertahankan kelebihan satu gol itu -- kemenangan ketiga sejak Genarro Gattuso mengambil alih pasukan itu Disember lalu -- untuk ke separuh akhir bagi bertemu sama ada Fiorentina atau Inter Milan.



Editor: Muzaffar Musa

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen