Barcelona merehatkan Lionel Messi, Sergio Busquets dan Gerard Pique menejelang kunjungan ke laman Ibiza dalam Copa del Rey awal pagi esok.

Ketiga-tiga pemain bintang itu akan direhatkan dalam perlawanan pusingan 32 menentang pasukan dari liga divisyen tiga berkenaan.

Luis Suarez dan Ousmane Dembele pula masih tidak dapat diturunkan kerana kecederaan, dengan Dembele sudah kembali ke Catalonia untuk menjalani proses pemulihan akhir selepas mengalami kecederaan meniskus.

Pengurus, Quique Setien, menyenaraikan beberapa pemain remaja seperti Carles Perez, Riqui Puig, Abel Ruizd dan Chumi untuk menyertai 15 pemain lain, termasuk bintang yang sedang meningkat naik, Ansu Fati.

Selepas itu, Barca akan bertandang ke Valencia bagi perlawanan LaLiga, tiga hari kemudian.



Editor: Muzaffar Musa