Lionel Scaloni mengkritik keadaan lapangan di Salvador selepas Argentina tumbang 0-2 kepada Colombia dalam pembukaan kempen Copa America.

Pemain sayap, Roger Martinez, dan Duvan Zapata masing-masing mencetak gol untuk Colombia dalam aksi Kumpulan B di Itaipava Arena Fonte Nova, Brazil, pagi tadi.

Begitupun, ketua jurulatih Argentina itu melahirkan rasa tidak puas hatinya dengan keadaan padang yang menyebabkan kekalahan mengecewakan pasukannya.

"Saya berasakan ia satu keadaan yang memalukan memandangkan ini hanyalah perlawanan pertama yang dilangsungkan di sini," katanya dalam sidang akhbar.

"Saya tidak ingin tahu sejauh manakah kualiti keadaan padang ini selepas dua atau tiga perlawanan lagi. Ia seharusnya dalam keadaan lebih baik untuk aksi pertama.

"Saya fikir ia adalah sesuatu yang memalukan."

Argentina bergelut mencipta peluang untuk langkah sumbang dalam aksi pembukaan Copa America sejak 1979.

Scaloni, yang megemudi pasukannya untuk menghadapi Paraguay di Belo Horizonte, Khamis ini, yakin dengan kebangkitan Argentina.

"Colombia merupakan pasukan yang mantap. Mereka memberi tumpuan kepada apa yang yang penting," katanya.

"Apa yang mustahak, kami menangani mereka dengan baik, mereka lebih menyerlah pada beberapa ketika tetapi adakalanya kami yang lebih menonjol.

"Begitupun, itu hanya sebahagian daripada tempoh permainan dan kami perlu menyesuaikan diri dengan keadaan.

"Kami beraksi dengan baik walaupun ditembusi lawan dalam serangan balas, terutama dalam babak kedua."