Lionel Messi digantung dan didenda berikutan insiden kad merah ketika menentang Chile bagi penentuan tempat ketiga Copa America 2019.

Messi, 32, akan menjalani penggantungan satu perlawanan selepas perbalahannya dengan Gary Medel yang turut dibuang padang ketika kemenangan 2-1 Argentina, awal bulan ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Konfederasi Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL) mengesahkan bintang Barcelona itu didenda $1,500 (RM6,182) tanpa boleh dirayu.

Hakim tunggal tribunal tatatertib mengesahkan "penggantungan automatik dikenakan ke atas Lionel Andres Messi dan tidak bersetuju dengan sebarang penggantungan tambahan" sambil mengenakan denda sebanyak RM6,182.

Messi, mencetuskan kontroversi apabila menuduh pengadil mengambil "rasuah dan kekurangan rasa hormat" berikutan layangan kad merah itu.

Kenyataannya itu menimbulkan kemarahan badan pentadbir bola sepak benua itu dengan melabel tuduhan yang dilemparkan sebagai tidak berasas.