Copa America: Masa depan James di Real Madrid masih kabur 

Oleh Staff Writer 17 Jun 2019 1377
Copa America: Masa depan James di Real Madrid masih kabur 
James Rodriguez masih kabur dengan masa depannya di Real Madrid apabila hangat dikaitkan dengan pelbagai kelab ternama Eropah.

Pemain berusia 27 tahun itu dipinjamkan ke Bayern Munich sejak dua musim lalu tetapi telah memaklumkan kepada juara Bundesliga berkenaan bahawa dia tidak berminat untuk menukar perjanjian itu kepada kontrak kekal. 

James, yang kini sedang mengharungi kempen Copa America 2019 bersama Colombia, disebut-sebut sedang memantau kelab baru. 

Juventus dan Napoli dikhabarkan memburu tandatangannya sementara kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dan Manchester United, turut dikaitkan, namun pengatur serangan itu belum pasti di manakah destinasinya yang seterusnya. 

"Saya belum tahu apa-apa lagi," kata James kepada Marca susulan kemenangan 2-0 ke Colombia ke atas Argentina, semalam. 

James beraksi sepanjang 90 minit dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B di Salvador, Brazil itu apabila mencipta gerakan kepada jaringan Roger Martinez sebelum gol daripada Duvan Zapata menyusul. 

Begitupun, bekas bintang Monaco itu memberi amaran kepada rakan sepasukannya agar tidak terbawa-bawa dalam usaha mereka menjulang kejuaraan pertama Copa America sejak 2001.

"Kami beraksi dengan baik," katanya. "Kami sangat ampuh. Ia adalah perlawanan yang keras dan hari yang baik untuk semua rakyat Colombia. Apabila kami bersatu, ia lebih mudah untuk semua orang.

"Kami perlu bersikap tenang dan berhati-hati. Perjuangan masih panjang dan kami perlu berhati-hati dalam perlawanan berikutnya. Kami tidak boleh terlalu gembira."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen